Juz:3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 47:
.
Ringkasan tafsir;
Dari
ayat sebelum diatas (3.3.45), maka Malaikat memberitahu kepada Maryam bahawa
dirinya bakal dikurniakan oleh Allah seorang anak. Maka bertanyalah Maryam,
bagaimanakah ia dapat melahirkan anak dengan tidak bersuami ? , pertanyaan
ragu-ragu tentang kekuasaan Allah itu adalah kerana perkara ini sudah menjadi
luar biasa kerana Maryam akan melahirkan anak tanpa bapa. Dan Allah menjawab
melalui bisikan Malaikat bahawa “demikianlah Allah menjadikan apa-apa yang
dikehendaki Nya”.
Kejadian
Ini akan menjadi iktibar kepada manusia, yang mana Allah berkuasa menjadikan
apa saja yang dikehendakk Nya, dan hanya dengan berkata “Jadilah engkau ! maka
jadilah ia”, (lihat Surah Yasin ayat 82).
Ini membuktikan kesempurnaan kudrat Allah adanya kuasa penuh mengikut apa
yang dikehendaki Nya, menjadi gambaran betapa cepatnya berlaku segala sesuatu
yang dikehendaki dengan tidak bertangguh lagi. .
.
.
[previous] [next] [home]
.
RUJUKAN SUMBER,
Juzuk3, Surah3
Terjemahan, 41~50,
[GS] https://sites.google.com/site/warongpanas/1-1/1
Ulasan surah 3;
[GS] https://t.co/Kf2lMbI0X8
.
RUJUKAN SUMBER,
Juzuk3, Surah3
Terjemahan, 41~50,
[GS] https://sites.google.com/site/warongpanas/1-1/1
Ulasan surah 3;
[GS] https://t.co/Kf2lMbI0X8
No comments:
Post a Comment