Monday, December 17, 2018

Al-Imran Ayat 47

3.3.47
Juz:
3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 47:


.
Ringkasan tafsir;

Dari ayat sebelum diatas (3.3.45), maka Malaikat memberitahu kepada Maryam bahawa dirinya bakal dikurniakan oleh Allah seorang anak. Maka bertanyalah Maryam, bagaimanakah ia dapat melahirkan anak dengan tidak bersuami ? , pertanyaan ragu-ragu tentang kekuasaan Allah itu adalah kerana perkara ini sudah menjadi luar biasa kerana Maryam akan melahirkan anak tanpa bapa. Dan Allah menjawab melalui bisikan Malaikat bahawa “demikianlah Allah menjadikan apa-apa yang dikehendaki Nya”.


Kejadian Ini akan menjadi iktibar kepada manusia, yang mana Allah berkuasa menjadikan apa saja yang dikehendakk Nya, dan hanya dengan berkata “Jadilah engkau ! maka jadilah ia”, (lihat Surah Yasin ayat 82).  Ini membuktikan kesempurnaan kudrat Allah adanya kuasa penuh mengikut apa yang dikehendaki Nya, menjadi gambaran betapa cepatnya berlaku segala sesuatu yang dikehendaki dengan tidak bertangguh lagi. .


.
[previous] [next] [home]

.
RUJUKAN SUMBER,

Juzuk
3, Surah3   
Terjemahan, 41~50,
[GS] https://sites.google.com/site/warongpanas/1-1/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8      



Sunday, December 16, 2018

Al-Imran Ayat 44

3.3.44
Juz:
3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 44:



Ringkasan tafsir;

Demikian lah Allah menceritakan dengan berfirman melalui Jibril (Ar Ruhul Amin) kepada Nabi Muhammad, bahawa perkhabaran ghaib kisah yang engkau tidak ketahui dan tidak seorang pun dari kaum mu yang tahu dan tidak ada engkau baca dari kitab dan tidak ada sesiapa yang memberitahu atau mengajarnya kepada mu tetapi ia adalah wahyu daripada Allah yang disampaikan kepada mu, mengenai Maryam dan Zakaria dan perebutan memelihara Maryam oleh Ahli Kitab.

.
[previous] [next] [home]


.
RUJUKAN SUMBER,

Juzuk
3, Surah3 
Terjemahan, 41~50,
[GS] https://sites.google.com/site/warongpanas/1-1/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8